Saturday, December 3, 2011
4 Dec 2011 adalah tarikh bersejarah dalam hidupku. Setelah sekian lama merancang baru saat ini aku dapat menguatkan hati dan berkeyakinan penuh bahawa aku akan menghafal Al-Quran. Sebelum ini memang aku dah mulakan tapi sering terhenti sekerat jalan. Malah 24 tahun yang lalu, aku pernah memulakan hasrat ini. Ketika itu aku baru beranak 2. Aku telah mula berpuasa sebagai persediaan mencuci rohaniku tapi rancangan itu terbengkalai juga setelah aku terpaksa buka puasa sempena hari haji.Pada hari Jumaat, aku mulakan hasrat suci ini. Aku akan berpuasa selama 40 hari tanpa henti , Insyaallah. Puasa ini adalah modal buatku. Mudah-mudahan Allah memberkatiku. Amin.